.png)

APA KELEBIHAN BERINFAQ PADA HARI JUMAAT
INFAQ JUMAAT / INFAK JUMAAT / SEDEKAH JUMAAT
Di Hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita INFAK JUMAAT di Jalan Allah.
Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”
Maksudnya: “Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-RasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.” – Surah Al-Hadid,Ayat 21
Pada hari jumaat penghulu segala hari , Marilah Bersama lipat gandakan pahala infaq sedekah kita untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dengan rahmat dan keampunan Allah S.W.T
SENARAI TEMPAT TELAH DIHANTAR UNTUK BULAN OKTOBER 2023
Usaha dan program sebegini mungkin takkan dapat dijayakan tanpa sokongan anda semua,semoga berkat daripada wakaf ini Allah SWT memberikan pahala yang berpanjangan buat penerima ,pewakaf dan juga atas nama-nama yang telah di niatkan
.
ANDA BERHAJAT UNTUK SERTAI IBADAH WAKAF BERSAMA KAMI?
BOLEH ISI MAKLUMAT ANDA DI BAWAH